NasionalNegeri

PPKPMM lancar e-dagang “Mesra Pengguna” di Perlis

PERTUBUHAN Pelindung Kebangsaan Pengguna Masyarakat Malaysia (PPKPMM) buat pertama kali melancarkan platform e-dagang yang dikenali “Mesra Pengguna” di Perlis.

Presidennya, Datin Seri Hafizah Md Piah berkata, menerusi platform “Mesra Pengguna” ini, satu sistem khas diwujudkan yang berperanan sebagai “one stop centre”.

Sebahagian peserta yang hadir pada Seminar IKS anjuran PPKPMM di Hotel Putra Regency Kangar.

“Ini akan membolehkan para usahawan menjalankan urus niaga seperti pemasaran dan pembayaran yang kesemuanya di bawah satu platform “Mesra Pengguna,” katanya semasa berucap pada Seminar Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Hotel Putra Regency, Kangar, hari ini.

Seminar selama dua hari yang bermula semalam, dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Perlis, Roszita Imaduddin.

HAFIZAH MD PIAH

Roszita  turut menyampaikan sijil kepada peserta yang hadir.


Sebanyak 51 peserta dari seluruh negara menyertai seminar ini yang antaranya mendapatkan maklumat secara lebih mendalam mengenai platform e-dagang “Mesra Pengguna” selain mengikuti sesi penerangan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hafizah berkata, dengan sistem “Mesra Pengguna” ini, para usahawan tidak lagi perlu mengeluarkan modal yang banyak bagi mewujudkan sistem  e-dagang sendiri.

“Kita berharap platform ini dapat digunakan oleh usahawan yang baharu menceburi bidang perniagaan dapat memasarkan jenama masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sehubungan itu katanya, agensi kerajaan juga diminta bekerjasama dengan meuar-uarkan sistem “Mesra Pengguna” ini kepada usahawan desa dan luar bandar untuk memasarkan produk mereka. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button