Jenayah

Polis sudah kenal pasti sekolah pelajar didakwa buli

POLIS telah mengenal pasti sekolah melibatkan pelajar tular dalam video tular yang memaparkan kejadian buli.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata,pihaknya sedang mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kejadian tersebut.
“Saya telah mengarahkan KPD Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bila kejadian ini berlaku, kadang-kadang kejadian ni berlaku lama diviralkan semula tetapi saya tidak dapat bagi pengesahan dulu, biar kita siasat dan bila kita dah menjalankan siasatan, saya akan bagi, saya akan kongsi maklumat dengan media,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, mengenai kejadian buli melibatkan sekumpulan pelajar selepas insiden itu ditularkan menerusi klip video di media sosial.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button