MahkamahNasional

Perbicaraan Rosmah Mansor ditangguh lagi

Masih berstatus kontak kasual Covid-19

GARA-GARA berstatus kontak kasual Covid-19, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terpaksa menangguhkan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor kepada hari Isnin depan.

Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah selepas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak dibenarkan memasuki bangunan Mahkamah Tinggi susulan kebimbangan jangkitan Covid-19.

Peguam Rosmah, Jagjit Singh memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa status MySejahtera anak guamnya itu masih berwarna jingga kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Statusnya telah disahkan oleh Pendaftar Mahkamah awal hari ini,” katanya sambil menambah, Rosmah menghadiri perbicaraan hari ini dan hanya menunggu di dalam kereta.

Mahkamah hanya membenarkan individu yang berstatus “berisiko rendah” memasuki pekarangannya.


Pendakwa raya ad hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram sebelum ini dijadual meneruskan pemeriksaan balasnya terhadap Rosmah hari ini.

Rosmah sedang dibicarakan atas tiga tuduhan rasuah kerana didakwa meminta RM187.5 juta daripada ahli perniagaan, Saidi Abang Samsudin sebagai dorongan membantu syarikatnya, Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek panel solar untuk 369 sekolah di kawasan luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan langsung dengan Kementerian Pendidikan.

Tertuduh juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara tahun 2016 dan 2017. – SM

 

(Visited 116 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button