Nasionalpilihan

Polis sedang siasat dakwaan pendakwah bebas hina agama, kaum dalam ceramah

POLIS mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap ceramah Ustaz Mohd Syakir Nasoha yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur penghinaan agama dan kaum.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 Bukit Aman.

“Siasatan kini dilakukan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, video pendakwah berkenaan yang didakwa berbaur penghinaan itu tular di media sosial hingga mengundang kemarahan orng ramai.

Pada 3 Oktober lalu, sebanyak 30 badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap seorang penceramah tempatan, Syakir Nasoha, yang didakwa menghina penganut agama Hindu dan Buddha, serta orang Dayak, dalam ceramahnya.

Jurucakap kumpulan itu, Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, S Shashi Kumar mendakwa penceramah itu berkata “orang kafir” akan menyerang orang Islam.

Shashi mendakwa, penceramah itu, sambil merujuk kepada keganasan terhadap orang Islam di negara-negara lain, berkata agama yang dikaitkan dengan pelaku keganasan itu turut berada di Malaysia.

“Ada pihak cuba padam keterangan serta (video) TikTok berkaitan, tapi kami berjaya peroleh keterangan itu,” kata Shashi kepada pemberita.

“Orang bukan Islam di Malaysia sengaja ‘diserang’. Saya tak tahu apa yang dirancang, apa yang sedang berlaku,” katanya. -SM

(Visited 1,251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button