NasionalNegeri

Polis Perlis catat sejarah kawad Kawalan Keselamatan Hari Polis Ke 216 dibarisi wanita

POLIS Perlis mencatatkan sejarah apabila buat julung kali kawad Kawalan Keselamatan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 216 kali ini dibarisi oleh 53 pegawai dan anggota wanitanya.

Pasukan kawad Kawalan Keselamatan yang diketuai oleh Assisten Supritendan Zaitul-Najahah Abd Fatah ini diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.

Surina menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 216 di perkarangan IPK Kangar. Gambar Ihsan FB Polis Perlis.

Sekaligus ia bersesuaian dengan pasukan polis kini diterajui oleh Datuk Surina Saad sebagai Ketua Polis wanita pertama di Perlis.

Surina yang memeriksa barisan Kawalan Keselamatan ini juga membaca teks ucapan Ketua Polis Negara, ,Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada majlis berkenaan.

Surina (tengah) bersama media yang menerima sijil penghargaan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 216 di perkarangan IPK Kangar.

Pada majlis berkenaan juga Surina menyampaikan surat penghargaan kepada 54 pegawai dan anggota manakala 12 lagi menerima Anugerah Integriti PDRM 2023.

BACA https://suaramerdeka.com.my/belok-tidak-ikut-lampu-isyarat-boleh-dikompaun-rm300/

Juga sijil penghargaan diberikan kepada rakan strategik termasuk Suara Merdeka dan akhbar lain sebagai mewakili media.

Selain itu diadakan persembahan sketsa kes penculikan dan juga deklamasi puisi.

BACA https://suaramerdeka.com.my/polis-perlis-tumpu-kanak-kanak-advokasi-keselamatan-jalan-raya/

BACA https://suaramerdeka.com.my/berpura-pura-lori-rosak-isi-syabu-1-8-tan-bernilai-rm64-8-juta/

 

– SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button