Nasional

Polis masih siasat Khairuddin – Dr. Noor Hisham

PIHAK polis masih siasat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali ekoran melanggar perintah kuarantin kendiri di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah denda RM1,000 yang dikenakan ke atas menteri itu adalah denda maksimum kerana melanggar kuarantin rumah.

“Pun begitu PDRM sedang menjalankan siasatan susulan laporan polis,” katanya ketika membalas tweet pengguna tweeter.

Pengguna itu mempersoalkan denda RM1,000 yang dibayar oleh Khairuddin yang disifatkan sebagai tidak setimpal dengan statusnya sebagai seorang menteri yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat serta bertanggungjawab.

Dr. Noor Hisham berkata, kompaun maksimum mengikut akta 342 adalah RM1,000 untuk mereka yang ingkar perintah peraturan dan arahan kuarantin di rumah.

Khairuddin sejak pulang dari Turki pada 7 Julai lalu telah menghadiri sekurang-kurangnya 12 program dan acara termasuk sidang Parlimen.

Beliau telah menghadiri sidang Parlimen  pada 13, 14, dan 16 Julai,  program di Jasin (15 Julai), Jabatan Perdana Menteri (18 Julai), Kuala Nerus (18 Julai), Setiu (18 Julai), Pantai Penarak, Terengganu ( 18 Julai), dan Pulau Duyong (10 Julai 19).

Sebelum ini pemilik restoran yang mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga juga didenda RM1,000 pada 23 Julai sebelum didakwa di mahkamah pada 13 Ogos dan didenda RM12,000 dan dipenjara lima bulan.

Nezar Mohamed Sabur Batcha didakwa atas empat tuduhan melanggar kuaranti dalam empat kejadian yang berbeza. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button