JenayahNasional

Polis kesan lelaki amuk di KM253 Lebuhraya Utara Selatan

Orang ramai yang melihat kejadian diminta bantu siasatan

APAKAH rakyat Malaysia berhadapan dengan ancaman kesihatan mental yang mana jika jawapannya adalah ya, maka sesuatu harus dilakukan bagi mengekang penularan kesihatan mental.

Petang semalam, gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan di Kuala Kangsar, Perak tular di media sosial yang mendakwa lelaki itu memberhentikan keretanya sebelum keluar dari kenderaan.

Dia kemudiannya dikatakan mengamuk sambil memegang rantai emas serta memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya yang lain.

Susulan kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, polis bertindak pantas mengesan lelaki yang dipercayai berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pemandu kenderaan yang berada di lokasi terbabit kira-kira pukul 7.12 petang semalam.

“Laporan polis dibuat oleh lelaki itu di Ipoh namun siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

“Suspek dan semua saksi kejadian akan dikesan untuk membantu siasatan,” katanya.

Mior berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di jalan awam. – BERNAMA -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button