Rencah Hidup

Pokok keladi di halaman masjid pun dirembat!

POKOK keladi dicuri di masjid. Siapa sangka pokok hiasan boleh mencecah ribuan ringgit dan menjadi sumber pendapatan kepada penggemar tanaman tersebut.

Pokok hiasan seperti jenis pokok keladi dipasarkan antara RM10 hingga ribuan ringgit bergantung pada jenis dan bakanya tetapi siapa sangka berlaku kes kecurian pokok keladi di masjid.

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang datang ke masjid dan kemudian mengambil dua jenis pokok keladi yang terdapat di halaman masjid.

Pelik memang pelik tetapi itulah yang berlaku di masjid di Kelantan baru-baru ini.

Kes kecurian ini bukan lah yang pertama kali berlaku namun sebelum ini media pernah melaporkan terdapat kes kecurian pokok hiasan dan kerugian sehingga RM50,000.

Nampaknya pengemar pokok hiasan perlu kunci betul-betul pokok mereka supaya tidak dicuri walaupun di tempat beribadah seperti masjid. – SM

(Visited 670 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button