Nasionalpilihan

PM ucap tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed Salman

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang baru dilantik kelmarin.

Ismail Sabri dalam satu ciapan di Twitter miliknya berkata, Malaysia akan sentiasa mengukuhkan hubungan dua hala antara dan kerjasama baharu antara kedua-dua negara berkenaan.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” katanya.

Terdahulu, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri Arab Saudi selepas bapanya, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan Dekri Diraja bagi lantikan tersebut semalam.

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Mohammed yang sebelum ini  dilantik sebagai Menteri Pertahanan telah diangkat sebagai Putera Mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Untuk rekod, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi secara tradisinya dipegang oleh Raja.

Artikel berkaitan > Putera Mahkota Saudi dilantik sebagai Perdana Menteri

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button