Nasionalpilihan

PM ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq dan Aznil Bidin

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin atas kejayaan masing-masing menyumbangkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Sabtu.

“Alhamdulillah, pingat emas pertama untuk kontinjen negara di Sukan Komanwel 2022! Tahniah Mohamad Aniq Kasdan yang cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249kg bagi memberi pingat pertama negara.

“Lebih manis, pencapaian Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baru serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Manakala ucapan tahniah turut dizahirkan oleh Perdana Menteri kepada Muhamad Aznil Bidin apabila beliau berjaya meraih satu lagi pingat emas dari skuad angkat berat negara.

“Tahniah Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018.

“Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baru dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.” kata Ismail Sabri dalam satu lagi hantaran berasingan di Facebook.

Terdahulu, Mohamad Aniq menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg. Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Manakala Aznil Bidin pula berjaya melakukan angkatan snatch 127kg dan 158kg bagi clean & jerk. Kejayaan tersebut juga sekali gus membuktikan kehebatan atlet berusia 28 tahun itu, yang berjaya mempertahankan gelarannya yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia

Ismail Sabri turut berharap atlet Malaysia akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara.

Artikel berkaitan:

Mohamad Aniq berjaya raih pingat emas pertama untuk negara

Aznil Bidin sumbang emas kedua Malaysia

https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1553368257586794496?s=20&t=Ga8W9nM6cSJ998I0BsLDHQ

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button