Nasional
PM ucap Selamat Hari Wesak
Semarakan semangat menghayati nilai toleransi, kasih sayang, ihsan semasa menyambut Hari Wesak
PERDANA MENTERI Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia agar menghargai nilai toleransi, kasih sayang dan kebaikan sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak pada hari ini.
Dalam catatan di akaun Facebook rasminya, beliau berkata perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama berbuat baik sesama manusia dan beramal, selain toleransi dan kasih sayang.
Ismail Sabri berkata, semua perayaan disambut dalam suasana penuh kasih sayang dan hormat-menghormati secara harmoni.
“Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha Malaysia.
“Mari kita menghayati nilai toleransi, kasih sayang, dan kebaikan sesama manusia sebagai Keluarga Malaysia,” katanya. – SM