Nasional

Lelaki maut, bergaduh dengan wanita bersenjatakan parang

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut berikutan kekecohan membabitkan seorang wanita bersenjatakan parang di Bukit Mertajam di Pulau Pinang pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya tiga klip kejadian, yang menunjukkan wanita itu memegang senjata di tepi jalan dengan mangsanya di tanah berhampiran, dikongsi secara meluas di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku berhampiran medan selera di Kampung Baru kira-kira jam 8.20 malam.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 30-an, cedera dan dia meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan,” kata Shafee.

Katanya, kejadian membabitkan si mati, wanita itu dan empat lelaki lain yang kesemuanya mengenali antara satu sama lain.

Polis masih belum dapat memastikan motif suspek. Mereka sedang menjejakinya.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

(Visited 1,064 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button