NasionalPolitik

PM, Petugas Barisan Hadapan Dan Rakyat Luangkan Masa Dengan Berselawat Agar Pandemik Berakhir

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia adalah satu ujian daripada Allah SWT dan sebagai hambaNya, kita tidak harus melenting sebaliknya berlapang dada.

Berlapang dada walaupun semua orang sedang sakit, derita, kehilangan orang yang tersayang, terjejas pendapatan harian, percayalah Allah SWT tidak hadirkan ujian ini sia-sia.

Ada rahmat yang tersembunyi dan mungkin kehidupan kita sebagai rakyat lebih baik selepas pandemik ini berakhir sekiranya kita berjaya ‘reset’ semula akal, rohani serta tingkah laku.

Namun untuk mendapatkan rahmat itu, sudah pastilah kita tidak seharusnya berdiam diri dan menunggu sesuatu yang ajaib sebaliknya turut perlu berusaha menunjukkan cinta kepada Allah SWT.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin meluangkan masa bersama ribuan petugas barisan hadapan serta rakyat Malaysia untuk berselawat dan berdoa agar pandemik ini berakhir.

Program mega itu telah dipancarkan oleh RTM TV1 dalam program Selamat Pagi Malaysia selain ia dijalankan serentak seluruh negara menerusi aplikasi Zoom.

Selepas bacaan doa, Mahiaddin tidak melepaskan peluang untuk memberikan kata-kata semangat kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat bersabar buat sedikit masa lagi.

Beliau juga berharap menerusi program mega berselawat dan berdoa demikian, ia memberi peluang kepada Malaysia untuk bertemu ‘jalan keluar’ dengan izin Allah SWT.

Menyoroti komen-komen di media sosial, wargamaya memuji tindakan kerajaan yang meletakkan Allah SWT sebagai sandaran walaupun masih mencuba dengan kaedah rawatan moden menerusi vaksinasi.

Keterbukaan Mahiaddin untuk duduk bersama-sama rakyat dan menyerahkan diri kepada Allah SWT adalah satu tindakan yang boleh dicontohi daripada seorang pemimpin kepada rakyatnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button