Rencana

PM perlu sokongan rakyat pulihkan negara

 

12 Disember 2021.
Shah Alam.

1. Desas desus telah mula kedengaran bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk di adakan Pilihanraya Umum ke 15. Terdapat pandangan bahawa _A Snap General Election_ adalah terbaik untuk UMNO dan BN buat masa ini.

2. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri semalam di Bera, Pahang memohon Ahli-Ahli UMNO untuk terus memberi sokongan kepada dirinya, supaya dia boleh fokus memulihkan keadaan ekonomi dan kesihatan yang di hadapi oleh Rakyat.

3. PM kata, walaupun angka kes baru sudah menurun tetapi Pandemik Covid belum lagi selesai sepenuhnya. Kerajaan masih mempunyai tanggung-jawab yang besar bagi memulihkan kesihatan Rakyat dan ekonomi negara.

4. PM DSIS juga mengingatkan bahawa kita membina Kerajaan Persekutuan hari ini atas kerjasama politik dengan parti-parti lain bukan kerana UMNO menang Pilihanraya Umum.

Kekalahan pada Pilihanraya Umum ke 14 perlu di jadikan satu pengajaran yang amat berguna. Kita perlu insaf, yang bahawa segala-galanya adalah kehendak Rakyat.

Rakyat akan menentukan siapa yang akan berkuasa dan membentuk Kerajaan di masa hadapan.

5. Kerana itu juga, suara Anak Muda dan Undi 18 adalah amat penting untuk parti UMNO. Pengundi-pengundi berumur 18 keatas akan di daftar secara automatik mulai 15 Disember 2021 ini.

6. Pertambahan dari undi anak-anak muda ini, boleh mengubah landskap politik tanah air.

Sesuatu parti politik yang tidak berjaya menawan hati anak muda, boleh rebah di Pilihanraya Umum ke 15.

7. PM DS Ismail Sabri juga mengingatkan Ahli-Ahli UMNO, jangan bersikap bongkak (arrogant) atas kemenangan besar parti UMNO pada Pilihanraya Umum Negeri Melaka baru-baru ini.

Statistik menunjukkan undi popular UMNO hanya bertambah 1% peratus sahaja.

Ini bermakna sejumlah besar pengundi atas pagar, pengundi dari luar dan pengundi muda telah tidak keluar mengundi.

UMNO bernasib baik kerana dengan Jentera yang besar dari seluruh negara, berkampung di Negeri Melaka, telah berjaya mengeluarkan pengundi-pengundi putih penyokong tegar UMNO, keluar untuk mengundi pada PRN Melaka.

Ketika PRU ke 15 nanti, Negeri Melaka tidak lagi boleh mengharapkan jentera dari luar kerana masing-masing akan berhadapan dengan peperangan pilihanraya di tempat sendiri.

8. Ahli-Ahli UMNO juga perlu mengambil iktibar dengan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen di Sg. Besar, Selangor dan di Kuala Kangsar, Perak pada 18hb. Jun 2016.

Ketika itu, dengan jentera UMNO yang besar, UMNO telah menang dengan amat selesa di kedua-dua kerusi Parlimen menyebabkan UMNO dan BN rasa amat yakin akan dapat mempertahankan kuasa serta Kerajaan Persekutuan pada PRU ke 14.

9. Apa yang terjadi, 2 tahun selepas Sg. Besar dan Kuala Kangsar, angin perubahan bertiup kencang, isu-isu Nasional menjadi teras pertimbangan rakyat. Isu-isu seperti Skandal Kewangan 1MDB, Cukai GST, harga minyak tinggi, tol mahu di hapuskan, terus menerus di jadikan isu dan di jadikan pertimbangan oleh Rakyat, parti yang mana satu paling layak untuk memimpin negara.

10. Maka, pada malam 09 Mei 2018, tumbanglah Kerajaan Barisan Nasional dan naiklah Kerajaan Pakatan Harapan dengan hanya menang 113 kerusi Parlimen sahaja iaitu dengan majoriti 2 kerusi.

11. Sesungguhnya saranan PM DS Ismail Sabri mempunyai merit dan kebenarannya. Rakyat dan Ahli-Ahli UMNO perlu terus menyokong Perdana Menteri yang datangnya dari parti UMNO ini, untuk meneruskan Agenda memulihkan Negara dari belengku Pandemik Covid 19.

Kemungkinan ada Rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO sudah merasa selesa dengan keadaan sekarang dan mahukan Pilihanraya Umum dengan segera.

12. Tetapi hakikatnya, Negara masih lagi belum bersedia.

Rakyat yang menggangur dan tiada pekerjaan masih tinggi.

Rakyat yang tiada income bulanan masih tinggi.

Rakyat yang berniaga dan cuba memulihkan perniagaan mereka, masih ramai.

13. Sebagai contoh, kita lihat berapa banyak kedai-kedai makan, kedai alat tulis, kedai runcit yang tutup di sekeliling kita.

Di Negeri Melaka ketika PRN Melaka, saya lihat Restoran Mamak Zubaidah, yang berhadapan dengan Hotel Hatten pun terpaksa tutup kerana bangkrup, inikan pula restoran-restoran yang kecil yang lain.

Negara berada di dalam keadaan susah selepas hampir 2 tahun berhadapan dengan Pandemik ini.

Janganlah pula, Ahli-Ahli Politik mengambil kesempatan ini mempamirkan perasaan tamak mahu berebut kuasa, gelojoh mahukan kedudukan dalam politik tanpa berasa kesian terhadap kesengsaraan rakyat.

Kesusahan yang di alami Rakyat ini, adalah sesuatu yang benar.

Berapa ramai di antara kita yang ada Ahli Keluarga atau kenalan yang meninggal dunia akibat Covid ?

Pak Alang, Ayah Uda atau Pak Su sebagai contoh.

14. Akhirnya, it’s not about timing.

Bermakna, bukan kerana ini adalah masa yang sesuai untuk di adakan Pilihanraya Umum ke 15. Kerana kalau adakan sekarang, UMNO boleh menang cemerlang.

Sebenarnya, segala-galanya adalah samada Negara sudah pulih, rakyat sudah sehat, angka kes baru Covid sudah berada di paras paling rendah serta ekonomi negara sudah berada di tahap yang baik, sehinggakan mudah untuk Rakyat mencari rezeki di bumi bertuah ini.

15. Sudah-sudahlah, Negara bertukar Perdana Menteri 3 kali dalam jangka masa 3 tahun 3 bulan ini. Menunjukkan kepada Dunia luar bahawa Negara ini politically unstable. Politik Negara tidak stabil.

Kita beri peluang dan masa yang cukup untuk PM Dato’ Sri Ismail Sabri stabilkan keadaan politik, pulihkan ekonomi dan pulihkan kesihatan rakyat dari Pandemik ini.

Sesungguhnya, Rakyat merasakan keperibadian dan diplomasi yang baik yang ada pada Dato’ Sri Ismail Sabri di dalam menjaga kepentingan semua pihak, akan dapat memberikan kestabilan politik yang sedang di perlukan oleh Negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button