EkonomiNegeri

“Lajunya Dia Menganyam Daun Buat Perhiasan,” Kehalusan Seni Orang Asli Jadi Tarikan

Setiap bangsa mempunyai seni warisan dan kebudayaan yang tersendiri dan di bumi Malaysia ini, kita harus akui kepelbagaian yang kita miliki adalah sesuatu yang membanggakan.

Perkara ini termasuklah kewujudan Orang Asal yang masih mampu mengekalkan tradisi dan bermacam-macam aspek sehinggakan banyak pihak merasa kagum.

Pelajar, Munirah Hazli, 16, merasa teruja melihat teknik menganyam yang dipersembahkan orang Asli dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Saya tengok jari-jemari dia memang laju menganyam daun-daun dan dijadikan sebagai hiasan kepala. Saya yang cuba belajar ini pun jadi kagum.

“Bagi saya penganjuran program ini sesuatu yang baik dan perlu diteruskan kerana pada waktu inilah orang ramai berpeluang meluaskan pengetahuannya,” katanya.


Munirah berkata demikian sewaktu ditemui Suara Merdeka menerusi satu tinjauan dalam program yang sama di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button