PM di mana?
DATUK Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Harapan tiba di pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Dr. Mahathir Mohamad, tetapi gagal.
Mereka masuk seketika dan kemudian beredar keluar setelah mendapati Dr. Mahathir tiada di pejabatanya.
Difahamkan antara yang tampil ialah Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Abdul Rahman.
BACA:Anwar, Wan Azizah, Guan Eng hadir ke PMO
BACA:PH runtuh kerana salah sendiri – Annuar Musa
Mereka dipercayai bergegas ke rumah peribadi Dr. Mahathir di Kelab Golf The Mines.
Semalam kecoh apabila dilaporkan Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan baharu setelah kecewa dengan situasi semasa.
Antaranya beliau dikatakan kecewa kerana kebanyakan menteri yang dilantik gagal menguruskan kementerian masing-masing terutama membabitkan ekonomi negara.
Kegagalan urus tadbir yang baik telah menjejaskan kestabilan negara dan mengakibatkan keadaan ekonomi negara semakin tenat.
BACA:Saya tak pernah cakap dengan “The Malaya Post” pun. Kenapa tiba-tiba petik nama saya?
BACA:Siti Kasim dan rakan-rakan tidak izin kerajaan pintu belakang
Desak demi desakan oleh pemimpin Pakatan Harapan sendiri supaya Dr. Mahathir supaya meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Anwar dipercayai menjadi punca kepada gerakan tersebut.
Dalam pada itu difahamkan Parti Gerakan akan mengadakan mensyuarat khas bagi membincangkan kemasukan Datuk Seri Azmin Ali ke dalam parti itu bersama-sama para penyokongnya selepas keluar dari PKR.
DAP juga sedang mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu semasa.