Politik

Anwar, Wan Azizah, Guan Eng hadir ke PMO

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang pagi ini hadir di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Wan Azizah tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 8.50 pagi tadi dengan menaiki kenderaan rasmi yang  dilihat masuk melalui rasmi menteri dan timbalan menteri.

Ia disusuli dengan ketibaan Anwar pada jam 9.26 pagi dengan menggunakan kenderaan jenis Lexus juga masuk menggunakan laluan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Tidak lama kemudian, kenderaan rasmi membawa Guan Eng memasuki bangunan itu pada jam 9.36 pagi.

Difahamkan satu pertemuan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini susulan perkembangan terbaru politik tanah air negara.

 

(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button