PLKN hanya untuk pelatih yang lahir 2007
Program Latihan Khidmat Negara, kerajaan mengumumkan hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipangil.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.
“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.
“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0,” katanya.
Terdahulu, Mindef memaklumkan dalam kenyataan itu bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.