Nasional

Plaza tol Jalan Duta sesak 31 Mei bukan sebab balik kampung

POLIS menafikan kesesakan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta pada 31 Mei lalu, sehari sebelum dilaksanakan PKP 3.0 atau lockdown berpunca daripada orang ramai yang mengambil kesempatan melakukan perjalanan pulang ke kampung seperti tular di media sosial, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, semakan kandungan video berkenaan mendapati kesesakan sepanjang tiga kilometer sebelum plaza tol itu berlaku antara pukul 12.30 tengahari hingga 2.30 petang pada tarikh berkenaan.

Punca utama kesesakan adalah kerana pemeriksaan rapi oleh pihak polis bagi memastikan orang awam mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, katanya.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati kenderaan-kenderaan itu mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

Zulkefly  dalam kenyataannya hari ini berkata, kesesakan itu juga disebabkan orang ramai keluar membuat pelbagai urusan penting sebelum bermulanya sekatan pergerakan penuh.

Beliau berkata, pada tarikh dan masa berkenaan, pihaknya telah memeriksa kira-kira 4,536 kenderaan yang melalui plaza tol itu.

“JSPT KL akan terus membuat pemeriksaan secara terperinci, bagi memastikan tiada pelanggaran SOP perintah kawalan pergerakan 3.0, dilakukan,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button