Nasional

PKPP disambung atau tidak akan diumumkan PM minggu ini

MINGGU ini penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat pada hujung bulan ini akan disambung atau tidak.

Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sama ada PKPP akan disambung atau tidak Perdana Menteri yang akan umum.

Sebelum ini ramai termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan COVID-19 di negara ini terkawal.

Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba telah mengemukakan cadangan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Mengenai kontroversi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang ingkar arahan kuarantin selepas pulang dari Turki, Ismail Sabri berkata, perkara itu diserahkan kepada polis untuk disiasat.

“Prosedurnya ialah KKM telah kompaun maksimum RM1,000, selebihnya untuk dibawa ke mahkamah, polis akan buka kertas siasatan dan dibawa kepada peguam negara, peguam negara akan buat keputusan perlu dihadapkan ke mahkamah atau tidak,” katanya.

Mohd Khairuddin dikritik teruk ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard bagi individu pulang dari luar negara.

Ia dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat dan menjadi perhatian pelbagai pihak.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, kompaun RM1,000 telah dikenakan terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button