Politik

Wira Putra desak mansuhkan sekolah vernakular

PERGERAKAN Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa kerajaan memansuhkan sekolah vernakular dalam memupuk perpaduan kaum melalui persekolahan.

Justeru, tindakan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique yang memberi jaminan tidak akan memansuhkan sekolah vernakular dilihat tidak berfikiran jauh.

Ini kerana impak daripada mengekalkan sekolah vernakular hanya berkesan kepada jangka pendek tetapi memberikan kesan yang baik pada perpaduan dalam jangka masa panjang.

“Wira PUTRA kecewa dengan keputusan Menteri Perpaduan Negara dengan mengekalkan sekolah vernakular.

” Kami melihat ini adalah satu kegagalan kerajaan hari ini yang tidak melihat perpaduan secara menyeluruh.


BACA > Fazura merajuk dengan Fattah Amin kerana sandwich – Suara Merdeka

“Langkah ini perlu diambil bagi impak perpaduan dan keharmonian negara untuk jangka masa panjang.

“Berpegang pada dasar jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

“Keputusan hari ini mungkin akan mendapat tentangan namun kemanisannya pasti akan dikecapi jika terus istiqamah dengan keputusan yang diambil.”

Demikian kenyataan Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif mengulas jawapan Halimah dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Halimah menjelaskan usaha perpaduan boleh digerakkan walaupun dengan kewujudan sekolah vernakular.

Hal demikian termasuklah dengan usaha menerapkan penghayatan rukun negara yang perlu dilaksanakan daripada pendidikan awal kanak-kanak.

BACA > Lima murid positif Covid-19 Kluster Tawar – Suara Merdeka

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan mengulas lagi, penerapan nilai rukun negara akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan kepada semua pelajar di bawah satu bumbung.

VERNAKULAR
NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Tidak dinafikan penerapan nilai rukun negara kepada setiap pelajar bermula dari peringkat asas.

“Namun ia akan lebih berkesan jika struktur pendidikan itu disatukan di bawah satu bumbung,” katanya.

Tambah beliau, waktu guru dengan pelajar berada di sekolah adalah cukup untuk menerapkan nilai rukun negara dan tidak perlu meneruskan perpecahan melalui pendidikan vernakular.

“Ini bukan soal pelajarnya sahaja, ia turut melibatkan guru-guru dan pentadbir sekolah yang masa bersama pelajar lebih kurang lima ke enam jam sehari.

“Pelbagai bentuk dakyah boleh dibawa sepanjang tempoh berkenaan dan pasti dapat di bendung sekiranya semua diletakkan di bawah satu penyelarasan yang baik,” ujarnya.

BACA > 95.25 peratus pengundi awal keluar mengundi di PRK Slim – Suara Merdeka

Justeru, Nasrul Ali Hasan turut menggesa kerajaan berhenti beretorik terhadap isu perpaduan yang dikatakan tidak memberi kesan positif kepada jangka masa panjang.

Menurutnya lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga dikatakan pernah mengusulkan isu kewujudan sekolah vernakular sebelum memegang tampuk pemerintahan negara.

“Wira PUTRA menyarankan Menteri Perpaduan janganlah beretorik lagi dan cukuplah mengutamakan kepentingan orang lain yang tidak membawa impak positif.

“Jika tidak mampu menguruskan dan mencari formula terbaik, elok pulang kembali jawatan tersebut kepada Perdana Menteri.

“Pemimpin kerajaan PN sebelum ini juga pernah berdegar ingin mengwujudkan sekolah vernakular.

“Namun ternyata ia sekadar retorik demi mendapatkan kuasa.

BACA > Muhyiddin turun padang dengar luahan rakyat – Suara Merdeka

“Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air namun masih lagi berkompromi demi kepentingan politik jangka masa pendek masing-masing.

“Tanpa memikirkan kepentingan generasi akan datang,”katanya. – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button