Berita
PKPDNHEP Melaka terus sumbang makanan kepada mahasiswa
PKPDNHEP Melaka meneruskan pemberian sumbangan makanan kepada mahasiswa di IPT sekitar Melaka, sepanjang tempoh PKP ini.
Pada hari ini, sumbangan makanan kering telah diserahkan kepada pelajar-pelajar di UniKL Micet Melaka.
Sumbangan ini memberi manfaat kepada 40 orang pelajar yang berada di kampus.
Di antara barangan yang diserahkan ialah mee segera, biskut, susu botol, keropok dan oat segera.