Nasional

PKP: Semakin ramai degil

MASUK fasa Perintah Kawalan Pergerakan ke – 3 (PKP-3), didapati angka individu degil yang mengingkari penguatkuasaan semakin ramai.

Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 1,374 individu kerana melanggar perintah tersebut di seluruh negara.

[BACA] COVID-19: Mengapa PKP perlu diteruskan? — Suara Merdeka

Daripada jumlah tersebut, 931 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,000, 418 pula direman sementara baki 25 individu dijamin polis.

Tangkapan itu dibuat selepas PDRM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan terhadap 546,553 kenderaan.

Selain itu, sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara melibatkan 6,702 premis.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, bermula esok tiada lagi kompaun, sebaliknya pihak berkuasa akan menahan individu ingkar terus dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh.

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 4,036.

“Bagi PKP-3 yang akan bermula esok, PDRM tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan sama,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

[BACA] PKP 3: Individu langgar arahan akan terus ditahan, dihadap ke mahkamah — Suara Merdeka
[BACA] Masjid India, kawsan sekitar dikenakan PKPD — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu.

“Sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu Koronavirus (Covid-19). 162 masih dalam siasatan, 23 dituduh di mahkamah dan empat orang mengaku salah.

“Saya ingin memberi peringatan kepada mereka yang memuat naik berita palsu dan memadam postingnya selepas tular, pihak berkuasa tetap akan ambil tindakan,” tegasnya.

ABDUL HAMID BADOR

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan, PKP kemungkinan besar akan diteruskan hingga Jun jika masih lagi ramai individu degil.

Hal demikian dinyatakan Ketua Polis Nergara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memberi amaran jika kes jangkitan Covid-19 meningkat.

[BACA] Padam posting berita palsu pun tetap polis ambil tindakan — Suara Merdeka
[BACA] Tak sangka ada manusia hidup begini, ya Allah maafkan kami – Ebit Lew — Suara Merdeka

Malah, beliau turut menegaskan tiada kelonggaran diberikan walaupun PKP akan memasuki fasa ketiga esok. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button