Politik

Padam posting berita palsu pun tetap polis ambil tindakan

“JANGAN fikir keluar (siarkan berita palsu), minta maaf, (kemudian) padam (posting di media sosial), itu tak selesaikan masalah.

“Saya ingin beri ingatan, saya tak nak sebut amaran bahawa selepas posting (berita palsu) dikeluarkan walaupun telah memadamkan, pihak polis masih boleh teruskan siasatan dan tindakan undang-undang untuk menghadapkan mereka ke mahkamah.

“Pihak polis tidak akan kompromi. Jangan buat perkara yang menyusahkan diri sendiri yang akhirnya ditanggung oleh diri sendiri.”

Demikian ditegaskan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menarik perhatian ada individu baru-baru ini menyiarkan berita palsu di laman sosial tetapi kemudian memadamkannya setelah menyedari berita atau kandungan itu palsu termasuk atas alasan `kesilapan diri’.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Hari ini, Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham mendakwa, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak melakukan kesalahan jenayah terhadap tindakannya berkongsi video lama keadaaan huru-hara di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Koo Ham mendakwa, undang-undang negara melindungi mereka daripada apa-apa pendakwaan jenayah sekiranya terdapat kekhilafan atau kesilapan yang disebabkan oleh kesilapan fakta.

Ahli Parlimen Beruas itu juga berkata, beliau khuatir terhadap amaran Ismail Sabri untuk mengambil tindakan tegas terhadap media yang membuat laporan yang tidak tepat dan mengelirukan.

Dua hari lalu, polis merakam keterangan Fuziah berhubung rakaman video orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru yang dimuat naik menerusi akaun Facebook (FB) miliknya.

Siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Dalam hantaran di Facebook Ahli Palimen Kuantan itu baru-baru ini, pengendalinya berkongsi klip video sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berkumpul di CIQ berkenaan, mendakwa mereka cuba pulang beramai-ramai ke  Malaysia.

“Sedang berlaku di CIQ JB. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel 5 bintang untuk kuarantin mereka,” tulis admin FB Fuziah Salleh. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button