Nasional

PKP: MPP UiTM anjur #UiTMQuranHour

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengisi kelapangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menganjurkan #UiTMQuranHour.

Begitulah masa dimanfaatkan mahasiswa dengan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada rohani dan jasmani sementara menunggu kebenaran pulang.

Penganjuran program membaca Al-Quran itu dilihat boleh membantu mahasiswa mengurangkan tekanan ketika berada di kediaman masing-masing.

[BACA] PKP-3: Kekal positif, elak ketidakstabilan emosi — Suara Merdeka

Uniknya penganjuran #UiTMQuranHour, tidak diadakan di surau ataupun lokasi tertentu. Sebaliknya, ia dianjurkan secara dalam talian menerusi panggilan video.

Yang Dipertua MPP, Muhammad Nursyahmi Shaare, berkata, penganjuran program selama sejam itu sebagai langkah mengisi masa lapang.

MPP
MUHAMMAD NURSYAHMI SHAARE

“Program ini dianjurkan secara bersama kepada semua mahasiswa di bilik dan kediaman masing-masing.

“Inisatif ini dibuat bagi menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, pelaksanaan PKP sedikit sebanyak memberi kesan kepada mahasiswa.

[BACA] Resistiré 2020 inspirasi Sepanyol tentang COVID-19 — Suara Merdeka
[BACA] 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand – Suara Merdeka

Terutama apabila mereka berhadapan tekanan kerana berjauhan dengan keluarga akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Aktiviti kerohanian seperti ini diharapkan mampu memberikan ketenangan kepada mahasiswa di samping sebagai latihan sebelum memasuki bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Semoga usaha kecil ini dapat membantu mahasiswa untuk terus cekal dan kuat bagi menghadapi hari mendatang sepanjang tempoh PKP ini berjalan,” ujarnya.

Sebelum ini, pelbagai organisasi mahasiswa termasuk Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) meminta kerajaan membenarkan mahasiwa pulang ke pangkuan keluar masing-masing.

[BACA] Mahasiswa rayu dihantar pulang — Suara Merdeka
[BACA] Noraini mahu mahasiswa dibawa pulang — Suara Merdeka

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang membawa permintaan mahasiswa berkenaan ke Mesyuarat Khas Menteri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button