Sukan

PKP: Atlet Para mesti diberi perhatian

KETERBATASAN fizikal ditambah pula dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti menjadi halangan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) seperti atlet Para

Justeru, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tampil dengan satu tindakan khas bagi membantu atlet Para dalam menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19).

Seramai 60 atlet paralimpik negara di sekitar Lembah Klang dikenalpasti bagi mengedarkan kit penjagaan kesihatan MPM (Healthcare Kit MPM).

[BACA] Suami isteri bantu sedia PPE untuk barisan hadapan — Suara Merdeka
[BACA] Dunia kekurangan 6 juta jururawat — Suara Merdeka

Menurut Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, kit yang mengandungi vitamin C, cecair sanitasi dan topeng muka akan diedarkan untuk kegunaan mereka.

Beliau berkata, atlet berkenaan tidak perlu hadir ke MPM untuk mendapatkan kit tersebut sebaliknya, bantuan itu akan diedar terus ke rumah masing-masing.

PARA
MEGAT D. SHAHRIMAN ZAHARUDIN

“Kit diserahkan kepada enam jurulatih yang telah diwakilkan untuk menyerahkan kepada kira-kira 60 atlet Para di sekitar Lembah Klang.

“Saya mendengar keluhan ada antara atlet Para berdepan kesukaran untuk keluar sendirian membeli barangan asas seperti sanitizer dan topeng muka,” katanya.

[BACA] Najib akan kembalikan RM800 ke Tabung Bencana Negara — Suara Merdeka

Megat D. Shahriman berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan Healthcare Kit MPM di pekarangan Menara Kuala Lumpur hari ini.

Dalam majlis pelancaran itu, MPM menggunakan perkhidmatan e-hailing, Grab Car sebagai langkah keselamatan ketika PKP bagi menyerahkan kit tersebut kepada jurulatih.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiada atlet Para yang dijangkiti Covid-19.

“Apapun, kami di MPM sentiasa mendoakan semua atlet untuk berada dalam keadaan sihat dan dijauhi daripada Covid-19.

[BACA] PKP: Kejadian keganasan rumah tangga turut meningkat – Suara Merdeka
[BACA] PM Muhyiddin bangga bekas pesakit COVID-19 tampil bantu pesakit lain — Suara Merdeka

“Saya mohon untuk para atlet menjaga kesihatan supaya kita dapat kembali bertanding di persada sukan pada tahun depan,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button