Rencah Hidup

Pilu sambut Ramadan, Aidilfitri tanpa arwah suami

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 29 Mac – Sambutan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri tahun ini paling suram buat Yusriati Mohd.
Yunos, balu bekas pemain bola sepak Melaka, Allahyarham Mohd. Azizan Baba yang meninggal dunia akibat
kanser minggu lalu.

Lebih memilukan katanya, arwah suami ada memberitahu dia mahu membeli awal pakaian anak-anaknya seramai
lapan orang untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

“Arwah berpesan agar mereka berdua hanya duduk di rumah dan memberi peluang anak-anak beraya ke rumah bapaserta mak saudara yang lain berikutan tiada lagi sekatan rentas negeri seperti tahun lalu.

“Tahun lalu, kami sekeluarga tidak beraya sangat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan
rentas negeri dikuatkuasakan.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini barulah kami rancang untuk berhari raya. Namun kita merancang Allah
menentukan apabila saya hilang suami buat selama-lamanya minggu lalu,” ujarnya.

Dia ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Batu, Bachang di sini hari ini.

Yusriati berkata, dia kini memikul tanggungjawab membesarkan lapan orang anak berusia antara dua hingga 15 tahun serta dibantu ibunya.

Katanya, dia masih teringat pesan arwah suaminya sekiranya dijemput ilahi lebih awal, dia mahu anak-anak
dijaga sebaik mungkin.

“Memang tugas besar buat saya bukan sahaja mencari rezeki tetapi menjaga dan mendidik anak seramai lapan
orang.

“Walaupun terpaksa mengharungi hidup sukar selepas kehilangan suami, saya tetap tabah untuk mengharungi
kerana hidup harus diteruskan walaupun sesukar macam mana pun,” ujarnya.

Dia yang bekerja sebagai kerani dengan sebuah firma guaman di Malim berkata, tahun ini mereka akan
menyambut Aidilfitri secara sederhana.

Katanya, seorang anaknya berusia empat tahun setiap hari bertanyakan ke mana bapanya tidak nampak.

“Saya terpaksa berikan baju dan bantal arwah untuk anaknya peluk serta mencium bau sebelum tidur,” ujarnya
dengan nada sedih.

Allyarham Mohd. Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada Isnin
minggu lalu.

Sepanjang karier, Allahyarham mula mewakili skuad Sang Kancil sejak 1986 ketika berusia 17 tahun untuk
Piala Razak dan Piala Presiden serta menyarung jersi Liga Semi-Pro pada 2004.

Dia juga pernah menyarung jersi Johor FC (kini Johor Darul Ta’zim) dari 2005 hingga 2011, Sarawak (2012-
2013) dan Pulau Pinang (2014).

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button