Politik

Pilihanraya: Masih ada ruang untuk Norhizam, kata Pengerusi PH Melaka

TUAH nampaknya masih menyebelahi belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee walaupun dilihat melakukan ‘pengkhianatan’ terhadap PH dan PN sebelum ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berkata, kedudukan Norhizam dalam Pilihan Raya Negeri Melaka masih ‘boleh dirunding’.

Berita Harian melaporkan, Pakatan Harapan Melaka masih ‘membuka pintu’ kepada Norhizam untuk menyertai mana-mana parti dalam pakatan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Beliau mengulas mengenai penolakan DAP terhadap penyertaan bekas ahli DAP itu dalam PRN Melaka.

“Perkara ini (penolakan DAP) boleh diselesaikan secara baik. PH tidak mengenepikan pandangan mana-mana pemimpin dalam komponen PH, termasuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak penyertaan Norhizam,” katanya kepada BH, hari ini.

Adly berkata, PH tetap mengambil kira pandangan semua pihak dalam pakatan itu dan perbincangan boleh diadakan bagi mencapai persetujuan bersama.

Beliau berkata, pemimpin DAP berhak menyatakan pandangan mereka mengenai penyertaan Norhizam dalam mana-mana parti komponen PH tetapi pandangan keseluruhan parti komponen juga harus diambil kira.

“Saya yakin kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mampu diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan secepat mungkin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Guan Eng berkata, DAP menolak penyertaan Norhizam dalam mana-mana parti komponen PH pada PRN Melaka.

Ketika tampuk pentadbiran Kerajaan pusat beralih tahun lalu, Norhizam yang menang di kerusi Pengkalan Batu atas tiket DAP menjadi ADUN Bebas dan menyokong Perikatan Nasional (PN) di Melaka, menyebabkan PH tumbang di Melaka pada Mac 2020.

Bagaimanapun, Norhizam yang menjadi ADUN Bebas menyertai bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dari UMNO dan BN; Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) juga dari UMNO dan BN serta Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dari BERSATU menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button