Sukan

Piala Asia U-23 2024: Skuad Harimau Muda tewas kepada Qatar dalam perlawanan persahabatan

Pasukan bola sepak negara bawah-23 (B-23) terus dirundung malang dengan kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Qatar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tertutup terakhir mereka sebelum kempen Piala Asia U-23 2024 bermula.
Memetik BERNAMA, sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang tengah Ahmad Al-Rawi pada masa kecederaan separuh masa pertama terbukti menjadi penentu buat pasukan tuan rumah untuk memastikan kemenangan ke atas Harimau Muda.
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan bimbingan Juan Torres Garrido ini, selepas tewas 1-2 kepada China dalam satu lagi perlawanan persahabatan Khamis lepas di Doha.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Garrido mengaku bahawa pasukan Ilidio Vale mempamerkan rentak dan fizikal yang unggul.
“Pemain negara nampak bergelut pada separuh masa pertama untuk menyamai rentak lawan, tetapi pada separuh masa kedua kita nampak para pemain dapat bertindak balas dengan baik.
“Secara keseluruhannya saya rasa permainan ini sangat bermanfaat bagi menyediakan pasukan menghadapi kejohanan dalam tempoh masa kira-kira seminggu lagi,” katanya dalam klip video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia kepada media, hari ini.
(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button