Politik

PH sasar empat Parlimen di Melaka

Pakatan Harapan (PH) mahu memenangi empat kerusi Parlimen di Melaka dalam usaha membantu gabungan parti itu untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang pernah mereka lalui selama 22 bulan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain kubu kuat parti itu di Kota Melaka diyakini akan terus kekal menjadi milik mereka tiga lagi kawasan yang menjadi sasaran ialah Hang Tuah Jaya, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Menurutnya, beliau yakin Parlimen Hang Tuah Jaya yang dimenangi oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin sebanyak dua penggal mampu dikekalkan pada PRU15 nanti walaupun terdapat ura-ura bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik akan bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, Kota Melaka yang tradisi dimenangi oleh calon DAP dijangka tidak berdepan tugas rumit untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

“Kita menaruh harapan dan kepercayaan kepada rakyat Melaka untuk membantu merealisasikan hasrat PH sekurang-kurangnya menyumbang empat kerusi Parlimen ke arah pembentukan kerajaan PH.

“Dua kerusi iaitu Kota Melaka dan Hang Tuah Jaya mampu kita kekalkan dan dua lagi kerusi di Tangga Batu dan Alor Gajah dilihat sasaran yang tepat untuk kita menang,” ujarny ketika berucap pada Himpunan Harapan Melaka Bangkit di Bukit Baru di sini malam tadi.

Mengulas jika Dewan Rakyat akan dibubarkan sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, tindakan tersebut boleh menjejaskan ekonomi negara.

Tegasnya lagi, jika ia berlaku kerajaan dianggap tidak bertanggungjawab kerana pembentangan bajet 2023 amat penting untuk rakyat ketahui perancangan menangani kemelesetan ekonomi. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button