Politik

PH calonkan Kor Ming Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming sebagai bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu dilaporkan berkata, pencalonan itu telah diserahkan kepada pihak parlimen mengikut kaedah yang ditetapkan peraturan mesyuarat.

Kor Ming menjawat jawatan tersebut ketika Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan serta-merta pada 13 Julai 2020 selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Satu daripada dua jawatan timbalan speaker kosong berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said, baru-baru ini.

Dewan Rakyat akan membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut pada Selasa depan.

Ketika ini blok kerajaan dilaporkan mencadangkan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan sebagai calon mereka.-SM

 

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button