Pfundheller buat video perbetulkan laporan Al Jazeera terhadap Malaysia
DUSTIN Pfundheller yang menghasilkan video ‘How Malaysia Did the Impossible’ berkaitan usaha Malaysia memerangi Covid-19 hingga meraih lebih 3.2 juta tontonan akan membuat satu lagi video bagi membetulkan laporan Al Jazeera.
Melalui laman Facebook rasmi Othe Side of the Truth, Pfundheller berkata, laporan yang dihasilkan oleh Al Jazeera mengenai usaha Malaysia mengekangan Covid-19 sebagai tidak tepat.
Menurut Pfundheller disebebkan terlalu banyak fakta yang salah dalam laporan Al Jazzera maka beliau memerlukan masa selama tiga hari untuk membuat video bagi membetulkan kesalahan tersebut.
“Terdapat beberapa laporan yang sangat buruk dan tidak tepat mengenai Malaysia semasa Covid-19 oleh Al Jazeera.
“Saya sedang menyiapkan video ulasan/reaksi. Oleh kerana terdapat banyak ketidaktepatan dalam video Al Jazeera, memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk menghasilkan video ini,” kata Pfundheller.
Laporan dokumentari yang disiarkan di Al Jazerra bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sehingga laman Facebook dan YouTube agensi asing itu ‘diserang’ oleh rakyat Malaysia.
Video berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19.
Seorang lelaki warga Bangladesh, M. Rayhan Kabir memfitnah Malaysia kononnya pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan layanan buruk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
‘How Malaysia Did the Impossible’ hasil terbitan Pfundheller sebelum ini mengiktiraf kejayaan Malaysia melawan Covid-19 dan kini merupakan salah satu negara paling selamat di dunia.
Namun tanpa menyatakan sebarang alasan, Facebook kini menyekat capaian video yang dihasilkan doktor gigi itu termasuk iklan di halaman ‘Other Side of the Truth’ miliknya.
Video tersebut menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.
Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun Facebook kini menyekat capaian video itu dan juga iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.
Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lepas mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.
Pfundheller yang merupakan seorang pakar bedah pergigian yang sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau telah bekerja keras untuk memberikan penghargaan yang sepatutnya kepada Malaysia.
“Apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan.
Katanya, beliau juga tidak mendapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.
Pfundheller berkata, platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.
“Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara,…semuanya perlu mendapat layanan saksama,” katanya.-SM