Nasional

Pewaris UPSI anjur Program Tadabbur Alam bersama orang asli Tasik Banding

ORANG Asli yang menjadi aset penting kepada biodiversiti mendorong Persatuan Wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (PEWARIS) mengambil inisiatif menganjurkan Program Taddabur Alam bersama Orang Asli di sekitar Tasik Banding, Perak baru-baru ini.

Penaung PEWARIS, Pazilah Yahaya

Penaung PEWARIS, Pazilah Yahaya berkata selain menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak tercemar, persatuan itu juga menyampaikan sumbangan pakaian dan keperluan harian kepada penduduk Kampung Charok Bus.

“Pada masa yang sama, kami mengadakan pertandingan mewarna bersama anak-anak Orang Asli yang dikendalikan oleh Marina Awang Ahmad yang bertindak sebagai Ketua Pemudahcara serta demonstrasi menyumpit oleh Tok Batin.

Ahli PEWARIS mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bersama kanak-kanak orang Asli.

Program sehari berkenaan, katanya, dijayakan seramai 25 ahli PEWARIS bersama 40 orang Asli yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Setiausaha program, Noranjane Mohd Abd Rahman berkata objektif program adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk asal di Perkampungan Charok Bus.

Aktiviti air di persekitaran Tasik Banding berhampiran perkampungan Orang Asli

“Di samping itu ahli PEWARIS dapat menghayati dengan lebih dekat kehidupan mereka, mendengar sendiri pemasalahan yang dihadapi olah masyarakat di sana serta memberikan sumbangan pakaian dan makanan.
Ketua Urusetia Program, Robe’ah Yusuf berharap aktiviti sebegini mampu memberi kesedaran kepada ahli PEWARIS tentang Malaysia Madani yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian kaum.

Ramah mesra semasa membuat agihan makanan dan bantuan kepada wanita Orang Asli

“Ia juga menjadi medan dialog peradaban berasaskan kerangka Malaysia yakni menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Menikmati dingin air terjun di Sungai Kooi, Royal Belum.
Bergambar kenangan

Melalui lawatan ini juga, katanya, PEWARIS dapat mengenal pasti kehendak dan keperluan kaum wanita dan kanak-kanak di kawasan berkenaan dengan kerjasama Tok Batin serta pemandu pelancong yang bertugas. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button