Rencah Hidup

Pesta Kopi kembali lagi dari 1-3 Julai 2022

SELEPAS sambutan luar biasa peminat kopi kepada Pesta Kopi KL dan Pesta Kopi Melaka, sekali lagi Pesta Kopi kembali atas permintaan ramai. Kali ini lebih besar dan lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung.

Diberi nama Pesta Kopi Extended 2022, acara kali ini akan diadakan selama 3 hari bermula dari 1 hing 3 Julai 2022 bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Ia dianjurkan oleg TF Studio dengan kerjasama The Curve, sebagai rakan strategik lokasi dan Mister Coffe selaku rakan strategik utama.

Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi, Pesta Kopi Extended akan menghimpunkan 40 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk minuman kopi masing- masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi masing-masing. Antaranya adalah usahawan kopi dari Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka , Alor Setar dan Cameron Highland selain dari usahawan kopi dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Secara ringkasnya, Pesta Kopi Exteded ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ‘Usahawan Food Truck’, ‘Usahawan Kopi Jalanan (Street Vendor) serta pembekal peralatan dan bahan penyediaan kopi untuk pengunjung yang punya cita cita untuk menjadi usahawan kopi.

Acara kali ini akan lebih menonjolkan ‘coffee culture’ kepada orang ramai . Pengunjung bukan sahaj dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri pelbagai cara penyediaan kopi serta peralatan peralatan yang digunakan untuk penyediaan kopi yang mampu dimiliki dan digunaan sendiri dirumah.

Antara aktiviti yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung adalah demonstrasi dan tutorial cara-cara menghasilkan Seni Latte, tutorial pelbagai kaedah penyediaan kopi, demonstrasi menggunakan alat-alat penyediaan kopi, pertandingan Barista Terpantas dan banyak lagi.

Kesemua aktiviti tersebut dibuka untuk orang ramai menyertai dan mengalaminya sendiri. Selain dari aktiviti ini, terdapat juga Pertandingan Penyediakan Kopi Paling Kreatif serta Cabutan Bertuah untuk pengunjung. Semua aktiviti ini akan diadakan di Pentas Utama.

Orang ramai yang berkunjung akan diajar untuk mengenali pelbagai jenis biji kopi, perbezaan sifat setiap jenis biji kopi ini dan cara-cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi tersebut.

Ini objektif utama Pesta Kopi Extended, bukan sahaja untuk mempamerkan kopi sebagai trend gaya-hidup semasa, kami juga mahu memperlilhatkan seni penyediaan kopi artisan sebagai peluang perniagaan  yang menajdi pilhan ramai anak muda sekarang.

Selain dari The Curve, selaku Rakan Lokasi dan Mister Coffee sebagai rakan strategik utama, Pesta Kopi Extended ini turut mendapat sokongan dan tajaan dari rakan strategik lain seperti DaVinci Gourmet, MN Coffee dan Rimba In Town dan Magnolia

Ini adalah Pesta Kopi terakhir anjuran TF Studio untuk tahun 2022. Acara Pesta Kopi selepas ini akan menjadi acara tahunan sahaja bagi menjaga kualiti penganjuran serta pengalaman pengunjung yang hadir ke Pesta Kopi. Untuk keterangan lanjut boleh lawati akaun Instagram rasmi @Pestakopi – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button