Rencah Hidup

Akhirnya Influencer mohon maaf secara terbuka lepas kantoi tipu

TINDAKAN tanpa pertimbangan akhirnya membawa padah. Dua pempengaruh media sosial dari Malaysia yang mencetuskan kontroversi dengan dakwaan kehilangan rakan mereka di hutan Bandung, Indonesia, kini tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi video yang dimuat naik portal berita Indonesia, KumparanNews, Aras Abdullah dan Ammar Mohd Nzahan menyatakan kekesalan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

“Saya, Aras Abdullah, selaku TikToker Malaysia, dan ini Ammar, seorang YouTuber Malaysia. Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Itu sahaja, terima kasih,” kata Aras dalam video berkenaan.

Menurut laporan KumparanNews, Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia, mengesahkan bahawa kedua-dua mereka turut menandatangani surat permohonan maaf.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pempengaruh dikenali sebagai Eyka, 22, dilaporkan hilang selepas memasuki hutan di Bandung. Dia ditemukan selamat tiga hari kemudian, kira-kira jam 10 malam Selasa lalu, dan penemuan itu dikongsi secara langsung menerusi TikTok @Arasz sebelum menjadi tular.

Kehilangan Eyka mula mencuri perhatian selepas Ammar mendakwa menyedarinya sekitar jam 2 pagi Isnin lalu ketika mereka menjalankan aktiviti paranormal di dalam hutan.

Namun, semalam, pihak polis Indonesia mendedahkan bahawa kejadian itu hanyalah rekaan semata-mata.

Hasil siasatan mendapati dakwaan kehilangan tersebut tidak berasas dan dibuat sekadar untuk menarik perhatian serta meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

Menurut Kurnia, kedua-dua pempengaruh itu mengaku melakukan siaran langsung di Bukit Embah Garut, Kota Bandung, pada Ahad lalu dengan cerita sensasi kononnya seorang pempengaruh Malaysia hilang selama 48 jam ketika merakam kandungan berkaitan aktiviti paranormal.

Tindakan mereka mencetuskan kecaman ramai, termasuk netizen dari Malaysia dan Indonesia, yang menganggap perbuatan tersebut tidak bertanggungjawab dan hanya memburukkan imej pempengaruh media sosial.

Artikle Berkaitan :>

Pempegaruh hilang di hutan Bandung lepas buat content paranormal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button