JenayahNasionalNegeri

Pesanan Ketua Polis Perlis elak rakyat jadi mangsa sindiket penipuan online

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang berkenan menyantuni anggota polis sempat menjumpai angka tapak 217 pada Bazar Ramadan Arau yang bersamaan sambutan Hari Polis Ke-217.

KETUA Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berpesan agar rakyat Malaysia khususnya negeri Perlis perlu mengelakkan diri dari menjadi mangsa sindiket penipuan yang melibatkan sama ada di dalam talian yang berkaitan apa juga urusan jual beli barangan, pelaburan saham atau hartanah, pelaburan yang melibatkan kewangan seperti urusan pinjaman kredit dan sebagainya.

Konsep mengambil tahu dan cakna akan modus operandi yang kian menjadi-jadi ini perlu dipandang serius dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang berlaku.

Demikian dimaklumkan beliau selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Kebun, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di Bazar Ramadan Arau pada Kayuhan MAIPs Peduli Khas Sempena Hari Polis Ke-217.

Kayuhan amal anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Khas itu diadakan mengambil sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 yang diraikan pada 25 Mac setiap tahun itu turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan.

Muhammad turut berpesan agar ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak dan kejiranan sekeliling dalam usaha untuk mengelakkan sebarang kejadian kes-kes yang berkaitan dengan jenayah seksual dapat dielakkan lebih-lebih lagi yang melibatkan belia yang di bawah umur.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang pengunjung Bazar Ramadan Arau ketika mengetui Kayuhan MAIPs Peduli Khas Sempena Hari Polis Ke-217.

Sempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah kepada asnaf yang terpilih pada edisi kali ini iaitu Narihan Mat Kaloo, 75, Hussin Noh, 89 dan Wan Azhar Abdul Halim, 59 yang kesemuanya dari Kampung Kebun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah seorang asnaf bagi mengurniakan sumbangan MAIPs pada Kayuhan MAIPs Peduli Khas Sempena Hari Polis Ke-217.

Baginda turut berkenan untuk meluangkan masa singgah meninjau Bazar Ramadan Arau dan turut menyantuni petugas-petugas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan tanggungjawab masing-masing pada ketika itu. – SM

BACA Mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Logpond terima sumbangan MAIPs

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button