JenayahNasional

Pesakit ditikam pesakit mental di Hospital Selayang, stabil

SEORANG pesakit lelaki yang cedera selepas ditikam seorang pesakit mental ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, lelaki itu segera diberikan rawatan kecemasan dan selanjutnya telah menjalani pembedahan dengan kadar segera susulan kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang semalam.

“Pesakit dalam keadaan sedar dan stabil selepas menjalani pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatian Rapi di Hospital Selayang, “ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di jabatan berkenaan telah mengambil tindakan segera menahan pesakit mental berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurut beliau, laporan polis berhubung perkara itu juga telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian dan kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi catatan di Twitter hari ini berkata, mangsa yang cedera ditikam seorang pesakit mental di hospital berkenaan diberikan rawatan terbaik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button