EkonomiUncategorized

Afiat hampir100 tahun:Pengguna jangan keliru jenama produk hampir sama

Minyak Afiat tulen diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin

TIDAK perlu testimoni daripada pempengaruh tetapi pengalaman Wartawan SUARA MERDEKA yang mengalami slip disc dan menggunakan minyak Afiat selama setahun akhirnya menyembuhkan masalah tulang belakang!

Setiap hari, dua kali sehari, minyak Afiat disapu pada tulang belakang yang bengkok dan disahkan oleh doktor pakar. Selepas setahun, penulis boleh bermain futsal dan berlari tanpa merasa kesakitan. Itulah rahsia minyak Afiat selama ini.

PRODUK-PRODUK keluaran Syarikat Minyak.Afiat Sdn. Bhd. Botol paling kiri digunakan oleh penulis ketika slip disc dan ia memberi kesan yang positif.

Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd (Afiat) adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang tumpuannya adalah menjurus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri.

Syarikat ini disokong oleh kilangnya yang bertaraf GMP dan telah beroperasi di negara ini selama hampir 10 dekad, bermula dari tahun 1924.

Matlamat utama syarikat ialah untuk wujud sebagai salah sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pengedaran yang efisien di seluruh negara.

Produk Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin sekitar tahun 1924.

Kelangsungan pengeluaran Afiat ini diteruskan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid Uda Ismail.

Bermula secara kecil-kecilan beliau telah meluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk negara.

Jangan terkejut jika tahun depan, usaha yang dilaksanakan dalam pengedaran perniagaan ini menghampiri 100 tahun!

Baru-baru ini, Pengurus Besar Afiat, Abdul Raof Ahmad Zakaria berkata, beliau tidak mahu ada mana-mana pihak terutamanya pengguna yang terkeliru dengan kehadiran Afiat di pasaran.

MINYAK Afiat yang tulen ini yang sangat bagus untuk disapu di bahagian tulang belakang (slip disc) dan juga digunakan untuk disapu pada bahagian tubuh yang lenguh.

Ini kerana kini terdapat dua syarikat yang dikenalpasti menggunakan jenama, pelabelan serta identiti pembungkusan termasuk warna yang HAMPIR MIRIP produk yang diuruskan oleh perusahaannya.

Beliau mendakwa, wujudnya beberapa peniaga yang cuba mengelirukan pengguna dengan mengakui produk Afiat mereka adalah yang terbaharu.

Abdul Raof turut menegaskan, tiada produk terbaharu keluaran syarikatnya buat masa sekarang ini.

“Pengguna hari ini bijak. Mereka boleh menggunakan laman sosial termasuk pautan di www.afiat.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai produk keluaran syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, produk yang mirip Afiat yang menggunakan label serta kriteria lain yang hampir sama itu bukan produk Afiat yang diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin.

“Buat masa sekarang, kami sekadar boleh memberi kesedaran kepada pengguna supaya tidak terkeliru di antara produk Afiat dengan produk perusahaan lain,” ujar beliau.

Katanya lagi, apabila produk Afiat yang diusahakan oleh Pengasasnya, Allahyarham Haji Panjang Kamarudin menjangkau jangka hayat hampir 100 tahun, beliau melahirkan rasa bimbang, disebabkan produk-produk yang mirip kepada produk Afiat termasuk menggunakan jenama yang sama, itu akan merosakkan reputasi Afiat di pasaran.

“Produk Afiat mempunyai identiti tersendiri. Antaranya, antaranya label keselamatan hologram FarmaTag TM pada produk berbotol; tulisan ‘Afiat’ beserta logo berbentuk lakaran imej Allahyarham Haji Panjang Kamarudin beserta dengan alat muzik gambus dan hanya beralamat di Kuala Kangsar, Perak sahaja,” jelasnya.

Tambah beliau, setakat kini jualan Afiat masih lagi bertahan di pasaran.

“Cuma kami tidak mahu disebabkan isu harta intelek ini yang mengelirukan pengguna menyebabkan mereka silap terbeli produk lain yang disangkakan keluaran Afiat kerana kami juga yang akan terkena tempiasnya nanti,” katanya.

Beliau berkata, manipulasi persepsi sedemikian sekali gus dianggap sebagai cubaan untuk menggaburi mata pengguna produk Afiat, selain melanggar cap dagang Afiat yang dahulunya dikenali sebagai Perusahaan Minyak Afiat.

Produk minyak Afiat mempunyai identiti tersendiri. Antaranya, antaranya label keselamatan hologram FarmaTag TM pada produk berbotol; tulisan ‘Afiat’ beserta logo berbentuk lakaran imej Allahyarham Haji Panjang Kamarudin beserta dengan alat muzik gambus dan hanya beralamat di Kuala Kangsar, Perak sahaja.

“Kesannya apabila kilang kami dikunjungi kerana mereka mahu menukar produk disebabkan terdapat sedikit rejection atau kesan ke atas masalah kesihatan yang tidak sepertimana diharapkan, ada dalam kalangan pengguna yang tertipu ini meminta ganti rugi daripada kami.

“Oleh itu, sekali lagi kami menegaskan di sini supaya pengguna lebih berhati-hati dan pastikan produk Afiat yang dibeli itu beralamat di Kuala Kangsar.

“Pastikan juga terdapat logo Afiat ada ada cap gambus. Pihak kami hanya bertanggungjawab atas produk keluaran kami sahaja,” katanya..

Sebagai tergolong dalam kelompok usahawan Bumiputera yang menghasilkan produk Afiat, Abdul Raof memberi peringatan kepada para pesaing yang menghasilkan produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri, bersainglah secara sihat.

“Kita bersaing, biarlah bersaing secara sihat. Bukannya dengan memperdaya atau memanipulasi persepsi pengguna dengan menumpang populariti jenama kami yang berusia hampir 100 tahun.

“Kami juga perlu menjaga kualiti produk serta perlu bertanggungjawab ke atas impak atau kesan yang dirasai pengguna,” katanya.

BACA MGRC jalin kerjasama bekal produk dan perkhidmatan

BACA ASEA peneraju global teknologi redoks rai pertumbuhan pantas jualan produk M’sia-Singapura

Abdul Raof berkata demikian dalam satu sidang media di Syarikat Afiat Sdn Bhd, Kuala Kangsar.

Hadir sama, Pengarah Urusan Afiat, Ahmad Zakaria Khalid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button