Nasional

Perubahan dasar pengurusan kerja asing di Malaysia disambut baik Indonesia

INDONESIA menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia. Persetujuan ini akan dimanifestasikan melalui perbincangan di peringkat pegawai dalam mekanisme jawatankuasa sedia ada antara keduadua negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Malaysia juga telah menerangkan tentang perubahan dasar berkenaan pekerja asing merujuk kepada penjajaran pengurusan pekerja asing.

“Ini termasuklah penerangan tentang Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan pelanjutan Pelan Rekalibrasi PATI 2.0 yang akan mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar hari ini ketika mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Ketenagakerjaan, Dr. Hajah Ida Fauziyah dan , Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H. Laoly .

Saifuddin yang mengadakan lawatan kerja ke Indonesia bagi menyusul keputusan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Republik Indonesia, Jokowi pada awal Januari lalu khususnya yang terkait dengan pengurusan penggajian pekerja asing.

Saifuddin dalam kenyataan yang sama juga berkata, perbincangan turut menyentuh perihal penguatkuasaan undang-undang imigresen dan perburuhan melibatkan pekerja Indonesia, pengurusan penghantaran pulang banduan dan tahanan imigresen serta tindakan penyelarasan bagi meminimumkan risiko pekerja asing daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, perihal kerjasama keimigresenan dan kawalan sempadan turut dibincangkan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan kedua-dua negara dapat direncanakan dengan baik.

“Ini termasuklah pengurangan tempoh masa dan kos migrasi yang terkait dengan penggajian pekerja asing serta mengoptimumkan penggunaan teknologi pendigitalan bagi tujuan integrasi sistem dan memudah cara pemantauan pekerja asing,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam pertemuan tersebut, beliau turut bangkitkan tentang beberapa tindakan yang perlu diambil dengan kadar segera susulan keputusan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Republik Indonesia bagi menambah baik pengurusan pekerja asing Indonesia di Malaysia.

Saifuddin turut menyifatkan lawatan itu merekodkan komitmen kedua-dua pihak untuk bekerjasama merentasi portfolio kementeriankementerian tertentu.

“Pertemuan ini ditunjangi oleh komitmen pucuk pimpinan kedua-dua negara bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja asing dari Indonesia yang berkhidmat di Malaysia sentiasa dilindungi pada setiap masa,” katanya.

Untuk rekod, Indonesia adalah negara pertama yang dilawati beliau dalam rangka lawatan kerja delegasi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia ke negara-negara sumber terpilih. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button