Hiburan

Khairy Jamaluddin tukar profession, buat pusingan 180 darjah

DITENDANG keluar dari parti UMNO pada Jumaat lepas tidak bermakna bekas Menteri Kesihatan dan juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak laku dan tiada tempat di luar sana.

Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ mendapat banyak sangat tawaran untuk menjadi ahli kepada parti-parti politik selain UMNO.

Percaturan bukan penganalisis politik mengatakan, kalau Khairy sertai Bersatu, dia boleh sahaja memantapkan lagi parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tetapi tak mungkin sebab Khairy baik, member dengan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khairy baik dengan Nurul Izzah.

“Khairy juga baikkan dengan Rafizi Ramli, orang nombor dua dalam parti.

“Jadi, kemungkinan Khairy sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata seorang rakan penulis.

Kemudian disaring pula kalau-kalau Khairy sertai parti PAS dan jawapan terus yang terpacul keluar dari mulut kengkawan dan penulis sendiri, “TAK MUNGKIN.”

Entahlah yang mana satu akan jadi pilihan Khairy sekiranya beliau masuk semula ke arena politik Malaysia.

Kalau parti-parti ‘muda’ yang cap jarinya masih belum kering atau pun dilihat sebagai parti setahun jagung, tidak mungkin itu menjadi pilihan Khairy, menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini.

Sejak semalam, ramai yang memperkatakan, Khairy dilamar untuk menjadi deejay radio di setesen radio swasta, Hot FM.

Pelawaan daripada Hot FM itu sudahpun disampaikan kepada pihak Khairy dan sudahpun diuar-uarkan tentang senario itu.

Surat terbuka pelawaan kepada Khairy sebagai deejay radio juga telah dikeluarkan. Betul atau tidak? Wallahhuaklam.

Kalau betullah telahan Khairy menerima pelawaan sebagai deejay radio, ini adalah pusingan 180 darjah yang tidak diduga akan dilakukan oleh seorang insan bernama Khairy Jamaluddin.

Tidak mustahil daripada seorang Ahli Parlimen menjadi Menteri dan dimatikan karier politiknya berubah memilih kerja lain.

Ada beza di antara kerjaya dan kerja dan kalau sekadar kerja, Khairy sekarang ini kerja dengan TMJ dan itu semua orang dah tahu.

Kalau sekalipun Khairy nak terus setia dan sokong UMNO, biarlah sokongan itu berbaloi dan tidak membawa rebah!

Seperkara lagi, kerjaya sebagai deejay radio ataupun penyampai radio janganlah dipandang mudah yang mana, sesiapa sahaja boleh jadi deejay.

Seperti tagline syarikat penerbangan, everybody can fly!

Biarlah ada kredibiliti apabila memilih untuk menjadi deejay atau penyampai radio dan bahasa Melayu yang digunakan biarlah yang standard. Bukan KORANG itu, KORANG ini, KORANG.

Jadilah deejay yang mendidik, betul percakapan bahasa Melayu dan menguasai bahasa pertuturan, Melayu terutamanya dengan baik.

Kenapa? Sebabnya ialah pendengar radio juga terdiri dalam kalangan remaja dan orang dewasa sehingga ke kategori warga emas. Biarlah deejay itu berhemah, memberi informasi kepada pendengar.

Bukan jadi deejay tangkap muat, tiada latihan diberikan dan jangan disebabkan nama Khairy Jamaluddin gah, rating Hot FM naik mencanak! – SM

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button