Nasionalpilihan

Pertukaran kepimpinan negara tidak menjamin kejayaan memerangi Covid-19

Pertukaran kerajaan dan kepimpinan negara dilihat tidak akan menjamin kestabilan dan kejayaan dalam peperangan dengan Covid-19 atau memberi sebarang manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah, Marjohan Amin berkata, golongan belia sudah bosan dengan permainan politik berlebihan.

“Gencatan politik dan kerjasama dwipartisan perlu bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada pihak kerajaan melaksanakan segala perancangan untuk melandaikan statistik dan bilangan mangsa-mangsa Covid-19.

“Kami menyeru agar semua pihak bekerjasama dan membantu rakyat dalam menghadapi kepayahan dan kesukaran ketika ini yang dibawa oleh pandemik ini,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu golongan belia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perlaksanaan Undi 18 dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya DUA (2) penggal.

“Penglibatan lebih ramai anak muda dalam menentukan kepimpinan negara akan memberi ruang dan peluang menyampaikan aspirasi dan pandangan mereka.

“Keputusan untuk membawa semua parti politik terutamanya pembangkang memperlihatkan kesediaan kerajaan membawa aspirasi semua pihak demi rakyat,” katanya.

Tambanya, pada ketika ini dalam memerangi pandemik COVID-19 yang memuncak, semua pihak perlu untuk bekerjasama tidak kira datang dari pihak kerajaan atau pembangkang kerana semuanya ini demi rakyat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button