Nasional

Pertahankan Emas Sukan Paralimpik, Abdul Latif Romly Terima Gelaran Datuk!

Kejayaan dapat mempertahankan emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh (T20) membolehkan atlet para negara, Datuk Abdul Latif Romly mendapat pengiktirafan di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

Atlet kelahiran Perlis itu menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Perkara berkenaan dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) di akaun Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

“Tahniah!!! Datuk. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” jelas MSN.

Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button