
Persiapan Istana Arau untuk sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis
ARAU 16 April – Istana Arau kini semakin bersedia bagi Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat meninjau sendiri persiapan akhir menjelang Majlis Santapan Diraja yang dijadual berlangsung pada 17 April 2025 yang merupakan acara kemuncak Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Baginda pada malam tadi.
Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda Baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Sepanjang lawatan, Duli-Duli Tuanku berkenan menyaksikan raptai penuh majlis.
Turut mengiring ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail serta para pembesar negeri.
Tuanku Raja Perlis menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan segala persiapan menjelang majlis bersejarah ini.
FOTO