Luar Negara

Perogol disyorkan dikembiri kimia – Imran Khan

Susulan seorang wanita dirogol di lebuh raya di Pakistan

MARAH dengan perbuatan merogol wanita di lebuh raya, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mencadangkan agar perogol dikembiri.

Imran melihat kejadian yang menimpa mangsa  adalah satu kesalahan yang mana sipelakunya boleh disabitkan dengan kesalahan dihukum mati di khalayak atau dikembirikan sahaja secara kimia.

Cadangan Imran itu susulan dengan persoalan yang berkaitan dengan kes rogol yang terjadi ke atas seorang wanita dua minggu lalu di lebuh raya yang pada malam kejadian, kereta yang dipandunya kehabisan petrol.

Mangsa, ibu dua anak dirogol di hadapan anaknya di lebuh raya selepas dia ditarik oleh dua lelaki bersenjata dan itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Pakistan.

Salah seorang daripada suspek dilaporkan berjaya ditahan polis semalam walaupun pada awalnya, tiada saksi kejadian dan maklumat berhubung suspek-suspek.

Imran cenderung ke arah pesalah digantung sampai mati dikhalayak ramai namun para pegawai kerajaan memaklumkan, hukuman seperti itu boleh menjejaskan reputasi Pakistan dari keutamaan dagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Status Sistem Keutamaan am Kesatuan Eropah (GSP-plus) yang dianugerahkan kepada Pakistan pada 2014 tertakluk kepada pematuhan pada konvensyen antarabangsa seperti Hak Asasi Manusia.

Imran pula berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji hukuman kembiri kimia ke atas pesalah rogol.

“Kes pembunuhan dikelaskan mengikut tahap pertama, kedua dan ketiga dan kes rogol juga perlu ada tahapnya.

“Jika kesalahan rogol itu pada tahap pertama, kembirikan perogol itu.

“Bedah mereka supaya mereka ini tidak dapat berbuat perbuatan begini lagi,” katanya dalam satu temubual bersama media Pakistan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button