Pernah berdepan isu rumah tangga, isteri Adi Putra nasihat Puteri Sarah
Teka-teki berkenaan isu rumah tangga pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya sudah menjadi tumpuan ramai.
Apatah kisah kemelut rumah tangga itu berlaku secara tiba-tiba dan kedua-dua mereka juga enggan memberikan sebarang komen bagi menjelaskan situasi sebenar.
Terbaharu, Puteri Sarah dilihat memuatnaik mesej berbentuk sokongan yang diberikan kepadanya seolah-olah mengiakan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi.
Menariknya, bukan sahaja peminat yang memberi mesej sokongan, isteri kedua kepada pelakon Adi Putra juga tampil memberi kata-kata semangat.
Menerusi mesej yang dihantar menerusi Whatsapp kepada Puteri Sarah, Aida Yusof memberi pesan supaya wanita itu sentiasa bersabar dan berserah kepada Allah.
“Salam adikku, mohon kamu tabah dalam menghadapi ujian hidup. InsyaAllah kakak sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua.
“Banyakkan bersabar, berdoa dan berserah kepada Allah,” katanya Aida.
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga sempat memberi komen terhadap mesej kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.
“Memang banyak syaitan. Terima kasih kerana mengambil berat. Saya hargainya sangat-sangat,” katanya.
Desas dedus berkenaan kemelut rumah tangga melibatkan anak dan menantu kepada pengarah, Datuk Yusof Haslam mula tersebar selepas Puteri Sarah dilihat bersama ibu mentuanya hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Pelakon wanita berusia 35 tahun itu juga dilihat memakai jubah dan bertudung hitam.
Namun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ.
Berdasarkan pemerhatian, Puteri Sarah dilihat sudah tidak mengikut akaun instagram Syamsul manakala Syamsul pula kali terakhir memuatnaik gambar dengan anak-anaknya pada Mei lalu.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. -SM