MahkamahNasional

Permohonan Najib berkait tahanan rumah didengar April

MAHKAMAH Tinggi menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Najib Razak agar kerajaan mendedahkan “dekri tambahan” yang didakwa dibuat bekas Agong yang membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.

Peguam Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Amarjeet Singh bahawa Najib ingin mendapatkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya.

Bagaimanapun, beliau berkata deponen afidavit yang dimaksudkan itu tiada di Malaysia dan hanya akan kembali selepas Hari Raya.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly meminta peguam menyampaikan afidavit itu sebelum tarikh perbicaraan.

Najib mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang mengeluarkan “dekri tambahan” semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan, sehari sebelum tamat pemerintahannya sebagai Agong.

Pada 2 Feb, lembaga itu mengumumkan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International Najib dikurangkan kepada enam tahun manakala dendanya RM210 juta diturunkan kepada RM50 juta.

Tidak ada mana-mana bahagian daripadanya yang menyebut ia ditukar kepada tahanan di rumah.

Najib, yang sedang menjalani hukuman di penjara Kajang, dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. – SUMBER FMT – SM

BACA 17 April tarikh dengar permohonan Najib untuk penahanan dalam rumah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button