Berita

Permit pelawak singapura dibatalkan kerana isu 3R

PEMBATALAN Permit pelawak terkenal dari negara Singapura, Sharul Channa dibatalkan kerana menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama dan institusi raja.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, PUSPAL telah menerima makluman dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahawa terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.

‘’Kerana video yang dimuat naik untuk mempromosikan persembahan itu dimuat naik baru-baru ini, dan akibat video yang dimuat naik itulah sejumlah laporan polis dibuat dan laporan polis itu dikatakan ia ada berkait isu 3R.”Itu mungkin video lama, tapi laporan polis itu berkait isu 3R.

“Jadi PUSPAL telah mendapat maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan senario tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri malam gala dan sidang media Memoir Seorang Guru, di sini malam tadi.

Sebelum ini, Sharul menerusi hantaran video di Facebook meluahkan kekecewaan apabila permit bagi pembabitannya untuk persembahan komedi, Just Joking di Petaling Jaya Live Arts Centre dibatalkan PUSPAL, dua hari sebelum acara itu berlangsung.Fahmi berkata, tindakan diambil PUSPAL itu juga merupakan satu peringatan kepada artis dalam dan luar negara, agar tidak sama sekali menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara

“Di Malaysia kalau kita sentuh isu 3R maka pihak berkuasa akan bertindak dan itu peringatan yang saya berikan sama ada kepada pengguna media sosial, kepada artis.

“Jadi isu ini adalah dalam bidang kuasa siasatan polis,” katanya.

Kreadit : Bernama.

Akaun palsu pencetus 3R, penyumbang fitnah terbesar sepanjang Ramadan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button