Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah difahamkan gering dan baharu keluar hospital.
Kondisi baginda menyebabkan baginda menutup sementara Twitter milik baginda.
Sebelum ini orang ramai terutama pengikut baginda di Twitter melahirkan rasa sunyi kerana media sosial baginda tersebut telah ditutup.
Ada yang kecewa kerana bimbang baginda berkecil hati selepas menjadi sasaran golongan yang menentang pendidikan tulisan jawi diperkenalkan di sekolah vernakular.
Baginda antara yang konsisten memperjuangkan tulisan jawi dan hinggakan baginda membuat hantaran dalam tulisan jawi.
Didoakan baginda akan segera sembuh serta dikurniakan kesihatan yang baik dan kembali aktif di Twitter dengan hantaran yang memberi inspirasi kepada rakyat jelata.