PRK
Trending

UMNO sekarang sudah hilang pedoman

UMNO tidak perlu dikenang kerana telah lari daripada landasan perjuangan untuk membela rakyat termasuk di Sabah.

Oleh sebab itu UMNO ditentang dan dijatuhkan oleh bekas-bekas pemimpin parti itu sendiri.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, lagi pula sekarang pimpinan terbaharu parti Melayu itu tidak lagi mempunyai nilai-nilai kepemimpinan.

Oleh itu, katanya, tidak ada gunanya parti itu dikenang sekiranya perjuangan yang dibawa bukan lagi untuk kepentingan rakyat tetapi demi kesenangan pemimpinnya semata-mata.

“Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengenang jasa? Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengenang jasa?Kita tahu jasa siapa kita kenang. Tapi parti ini (UMNO) sudah menjadi landasan yang merosakkan bukan hanya syiar Islam bahkan juga negara Malaysia,” katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lumat.

Pada majlis itu, 127 ahli UMNO diketuai Ketua Wanita Cawangan Kampung Lumat, Sakura Salamat mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai Warisan.

Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Mohd. Shafie.

Kata Mohd. Shafie, kerana sikap pimimpin itu nama Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana isu-isu besar yang merosakkan negara disebabkan perbuatan mereka.

“Ini nilai-nilai parti yang sudah hilang pedomannya, sudah hilang tiada nilai-nilai dalam pimpinan yang kita boleh banggakan.

“Mana mungkin Mat Hassan (Datuk Seri Mohamad Hassan) datng ke Sabah walhal dia Timbalan Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan datang ke Sabah cakap yang baju putih PATI, yang pakai baju biru Malaysia,” tegas beliau.

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button