fbpx
PRK
Trending

Jangan jual undi kepada kerajaan yang gagal

PENGUNDI muda di parlimen Kimanis tidak perlu takut

Mereka tidak perlu takut untuk bangkit dan memperjuangkan hak Sabah serta menolak kerajaan yang gagal.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata, biar pun di ugut mereka  jangan sesekali menjual undi kepada sebuah kerajaan yang tidak tahu mentadbir dengan baik.

“Jika anak muda berani untuk bangkit maka kerajaan akan berfikir dua kali untuk melaksanakan PSS (Pas Sementara Sabah).

“Ini adalah masa depan anak bangsa kita. Jadu kita jangan takut walaupun ditekan. Jika bukan kita yang memperjuangkan masa depan kita, siapa lagi,” katanya pada program Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dindong petang tadi.


Menuryr Naim, kerajaan hari ini baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Warisan, terbukti gagal menunaikan janji dan tanggungjawab dengan baik.

“Sudahlah gagal mentadbir, mereka mahu mengangkat pula PTI (Pendatang Tanpa Izin) ini. Jika dulu PTI lari kalau nampak polis tapi sekarang mereka yang akan serah diri… kerana apa? Kerana mereka mahukan PSS.

“Sejak PH-Warisan memerintah, kadar pengangguran naik dan kini kita terpaksa berebut dengan PTI untuk dapat kerja. Inilah yang dikatakan keluar mulut buaya, masuk mulut ular,” tegas beliau. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button